Kepakaran

Kepakaran

Sabtu, 1 Disember 2012

Langkah mudah untuk menetapkan matlamat anda



Langkah 1

Mengenal pasti dan menulis matlamat anda, sebagai 

contoh:

• Membeli kereta baru
• Menyimpan wang pendahuluan rumah baru
• Pergi bercuti
• Melangsaikan hutang kad kredit
• Pelan persaraan

Langkah 2

Himpunkan setiap matlamat kepada matlamat jangka masa pendek (kurang daripada 1 tahun), sederhana (1-3 tahun), dan panjang (lebih daripada 3 tahun) agar matlamat tersebut lebih mudah dan senang dicapai.

Contoh:

Matlamat Jangka Masa Pendek (kurang daripada 1 tahun)
• Untuk mengumpul RM5,000 dalam tempoh enam bulan.
• Untuk membayar deposit kereta baru.

Matlamat Jangka Masa Sederhana (1-3 tahun)
• Untuk membayar deposit RM20,000 bagi belian rumah pertama.

Matlamat Jangka Masa Panjang (lebih daripada 3 tahun)
• Untuk mengumpul RM100,000 dalam tempoh lima tahun bagi dana persaraan.

Gunakan jadual di bawah untuk membantu anda menulis matlamat kewangan anda: