Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 29 September 2013

ANDALAH MESIN TERSEBUT

  
"Cuba bayangkan sekiranya anda memiliki mesin yang memberi pulangan RM600,000.00 untuk 10 tahun akan datang."
"Adakah anda akan memberi perlindungan pada mesin tersebut?"

"ANDALAH MESIN TERSEBUT..."

Yang dinamakan manusia itu ada 3 perkara...

  1. panjang umur, kita tua


  2. pendek umur, kita meninggal dunia


  3. panjang umur, kita hilang upaya

"YANG MANA SATU TIDAK MEMERLUKAN WANG?"

"Sekiranya kita hilang upaya atau meninggal dunia, siapa TIGA orang yang boleh menyediakan keperluan kepada keluarga anda sepertimana anda lakukan sekarang...?
tulis dan simpan nama mereka.

"sekiranya anda tidak pasti, hubungi saya..
dan saya akan bantu anda"

Ahad, 22 September 2013

Langit tidak selalu cerah

 

Kita semua inginkan perkara yang serupa dalam kehidupan. Semasa kecil, kita mahu bahagia, penuh dengan kasih sayang, makan minum terjaga dan dapat bersekolah.

Semasa dewasa, kita mahu kerjaya yang menyeronokkan, mmebina kehidupan bersama pasangan dan anak-anak dengan penuh keriangan. Ketika tua pula, kita mahu bersama pasangan yang masih setia dan anak-anak yang sudah berjaya dalam hidup mereka.

Kita sangka kehidupan ini indah sentiasa. Kita sangka langit itu cerah sentiasa tetapi hakikatnya, realiti kehidupan adalah sebaliknya. 

Bila kita sakit, kos rawatannya sangat mahal sehingga tak mampu kita menanggungnya. 

Bila hilang keupayaaan untuk bekerja, kita tiada wang untuk tampung sara hidup harian.

Dan yang paling teruk, bila meninggal dunia, pendapatan kita juga turut mati bersama,meninggalkan keluarga kita dalam keadaan hidup yang sengsara.

Adalah jelas kehidupan manusia itu penuh dengan ketidakpastian. Apa-apapun boleh berlaku kepada diri kita.

Takaful - Idea Bijak Ciptaan Manusia

Masyarakat kita memerlukan "sesuatu" yang boleh MEMBERI KEPASTIAN dalam hidup mereka. Mereka mahukan suatu JAMINAN ke atas MASA DEPAN mereka.
Persoalannya - siapakah yang boleh memberi JAMINAN kepada kehidupan dan masa depan mereka? Ibu bapa? Adik beradik? Kenalan rapat? Jiran sebelah? Saudara mara? Majikan? Badan Kebajikan? Jabatan Agama?Jemaah masjid?
Cuba anda tanya mereka, sekiranya sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri anda, sanggupkah mereka beri jaminan kepada anda sekarang juga, yang mereka akan menanggung perbelanjaan harian anda sekeluarga?
Sanggupkan mereka memberi jaminan kewangan sebanyak mana yang keluarga anda perlukan? Dalam realiti hari ini, tiada seorang pun sanggup. Percayalah!
Bagi menjamin kehidupan dan masa depan keluarga anda, hanya satu pihak yang BERANI MEMBERI JAMINAN KEWANGAN kepada anda sekarang juga, iaitu TAKAFUL.
Sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan walaupun baru sehari membayarnya, syarikat takaful perlu membayar pampasan yang dijanjikan kepada keluarga anda. Ini membuktikan bahawa "jaminan kewangan" yang diniagakan itu wujud dan telah diserahkan kepada peserta ketika pembayaran pertama dibuat.

Ahad, 15 September 2013

Takaful sebagai alternatif kepada insurans konvensional


                    

Manusia tidak dapat lari daripada menerima ujian Allah SWT. Sebagai orang Islam, kita perlu percaya bahawa ujian itu juga merupakan risiko-risiko kehidupan, merupakan sebahagian qada' dan qadar Allah SWT. Oleh yang demikian kita perlu menerimanya dengan hati yang redha. Sebagai agama yang dinamik, Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tersebut.

Sehubungan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat diminimumkan dan tidak memberi kesan mendalam ke atas ketahanan mental dan fizikal manusia. Dalam hal ini, konsep takaful dan insurans merupakan antara beberapa kaedah pengurusan risiko yang diterima pakai oleh manusia untuk meminimumkan penderitaan yang mungkin ditanggung akibat musibah yang melanda.

Sebagai agama yang sempurna, ajaran Islam sentiasa memelihara perkara asas iaitu kesejahteraan, kebajikan, ekonomi dan pembangunan sosial orang Islam pada peringkat individu, keluarga, negara dan ummah. Takaful diperkenalkan sebagai alternatif kepada insurans konvensional yang hukumnya haram kerana adanya unsur riba, gharar dan maisir. Sistem takaful bukan sahaja sebagai kaedah pengurusan risiko tetapi juga sebagai instrumen kewangan, simpanan, perlindungan, pelaburan dan pembangunan sosioekonomi.

Ahad, 8 September 2013

Takaful sebagai Instrumen Simpanan dan Perlindungan

 

Takaful adalah satu instrumen kewangan. Secara umumnya, takaful mempunyai kepentingan kepada ekonomi dan merupakan alat untuk menangani risiko ketidakpastian terhadap kerugian ekonomi. Individu dan organisasi perniagaan menghadapi pelbagai ketidakpastian yang boleh menjejaskan aset atau pendapatan mereka yang akan menyebabkan kerugian kewangan kepada mereka. Antara ketidakpastian yang boleh berlaku adalah kematian, penyakit, kemalangan, kebakaran, kecurian dan kegagalan memenuhi tanggungjawab untuk tidak mencederakan orang lain.

Takaful bermaksud berkongsi tanggungjawab dengan suatu kumpulan bersetuju serta mengaku janji untuk saling jamin-menjamin dan lindung-melindungi antara satu sama lain daripada kehilangan atau kerugian akibat ditimpa oleh sebarang musibah atau bencana.


Fungsi utama takaful ialah melindungi harta dan nyawa. Kepentingan takaful sebagai instrumen tabungan dan perlindungan harta boleh dilihat dalam produk-produk yang disertai oleh para peserta takaful. Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menyerahkan modalnya dalam bentuk sumbangan dan caruman takaful kepada peserta apabila dilanda musibah. Dalam masa yang sama, peserta juga berhak berkongsi untung sekiranya syarikat daripada perniagaan tersebut beroleh keuntungan.

Prinsip mudharabah yang terpakai membolehkan peserta takaful turut mendapat manfaat keuntungan daripada wang yang disumbang ke dalam tabung. Kadar keuntungan akan dibahagikan antara peserta takaful dengan pengendali takaful mengikut kadar nisbah tertentu seperti 50:50, 60:40, 80:20.

Setiap individu yang menyertai takaful keluarga akan mempunyai simpanan dan tabungan apabila ditimpa musibah dan kesusahan seperti keilatan kekal, penyakit kritikal dan kematian. Polisi takaful keluarga terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perlindungan Asas dan Perlindungan Tambahan. Perlindungan asas merupakan jumlah pampasan yang akan diperolehi oleh waris peserta takaful sekiranya peserta takaful meninggal dunia. Perlindungan tambahan seperti rider bertempoh, rider penyakit kritikal, rider manfaat hospital, rider pampasan kemalangan, rider manfaat kematian akibat kemalangan dan rider manfaat pembayar(khusus untuk polisi kontrak juvenile sahaja) boleh diambil oleh peserta yang menyertai perlindungan asas.

Ahad, 1 September 2013

Tips memilih Pelan Perlindungan dan Kad Perubatan Terbaik

Ramai yang bertanya kepada saya..bagaimanakah cara ingin tahu mengenai kad perubatan mana yang terbaik? Jawapannya mudah sahaja. Awak masuk hospital dulu baru tahu :)

Sebagai seorang konsultan, perkara pertama yang saya ingin tahu adalah

“apakah keperluan anda?” 

dari situ baru saya dapat nasihat anda yang mana yang terbaik. Di bawah saya beri sedikit tips bagaimana memilih pelan terbaik dari pelbagai aspek.


GENERAL :
1.       Pilih Pelan yang Islamik iaitu mematuh isyariah (Wajib bagi umat Islam)
2.       Pilih Pelan dari syarikat yang kukuh
3.       Pilih Pelan yang lengkap atau komprehensif (Simpanan+Pelaburan+Perlindungan)

KAD PERUBATAN :
1.      Pilih pada kad yang mempunyai coverage yang tinggi

2.      Bukan Tahunan renewal. Mesti “Guaranteed Renewal” (ni yang paling penting dan ramai             yang tidak tahu.

4.      Adanya Rider pilihan untuk pengecualian bayaran jika terkena penyakit kritikal atau 
         lumpuh kekal.

MAA TAKAFUL SMART MEDIC 200

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MUAT TURUN BROSHUR

Medical Card (Kad Perubatan ) Smart Medic  200
Menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. Smart Medic 200 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya. 

Kelayakan
Sesiapa sahaja yang berumur di antara 30 hari sehingga 59 tahun yang mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Tiada Co-Takaful untuk Umur 17tahun dan ke atas ko-takaful bermaksud caj-bersama yang dikenakan ketika warded ke dalam hospital. Biasanya syarikat insuran/takaful yang lain akan cover  90% daripada total bil hospital, bakinya pesakit akan tanggung kos 10%. 

Jika total hospital bil anda berjumlah RM 4500, anda terpaksa bayar cash / swipe credit card RM450(10%) semasa check-out. bukankah ini sedikit sebanyak agak membebankan pesakit? walaupun saya pasti anda telah add-on rider elaun harian hospital, tetapi anda aware tak yang 
rider ni bukan free, tapi dikenakan tabarru' (service charge) yg semakin tinggi mengikut usia ?

Dengan Smart Medic 200, anda tidak perlu lagi mengeluarkan extra cash apabila masuk wad. 100% bil akan ditanggung oleh MAA Takaful selagi mengikut terma & syarat kontrak. sila rujuk pada bahagian NOTA paling bawah entri ini atau hubungi saya untuk info lanjut :-)

Unlimited Lifetime Limit
Ya. Smart Medic tidak mempunyai had seumur hidup. Cuma penggunaan tertakluk pada had tahunan sahaja.
jika anda subscribe Smart Medic 200 PELAN 2 pada 1 Mei 2013, had tahunan anda ialah RM100,000. Definasi Tahunan ialah dari 1 MEI 2013 hingga 1 MEI 2014. 

Kad Perubatan 'Mampu Milik'

dengan kemampuan anda untuk perlindungan yang optimum. Sila rujuk jadual di bawah.


Kemasukan ke Panel Hospital Menjadi Lebih Mudah
Anda cuma perlu tunjuk kad perubatan anda di kaunter hospital danpihak mereka akan auto-link dengan MAA Takaful untuk cek sama ada kad anda 'aktif' atau tidak. Kalau semua cun, anda akan diwadkan ke bilik yang mengikut pelan yang diambil. terdapat 94 panel hospital di seluruh negara.

Jaminan Pembaharuan 
Guarantee renewal  hingga umur 80 tahun. Maksud guarantee renewal ialah jika anda mula memiliki Smart Medic pada 2009, pada 2010 anda dimasukkan ke hospital akibat kanser. anda menggunakan Smart Medic 200 untuk rawatan dan pembedahan. pada tahun 2011, pihak takaful wajib cover segala kos rawatan perubatan baru yang berkaitan dengan penyakit kanser yang anda hidapi pada 2010 lalu tanpa sebarang sekatan.

Profit Sharing
Lebihan keuntungan (surplus sharing) pada akhir tahun (jika declare pd tahun itu) akan dikongsi di antara peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Cool kan?!

Smart Medic 200 adalah produk MAA Takaful
Medikal kad ini adalah produk sepenuhnya dari MAA Takaful. Ini bukan produk third-party. so, anda tak perlu risau kerana kad ini di'back up' oleh MAA Takaful Berhad. 

Kad Perubatan 'Stand Alone'
Smart Medic 200 boleh dibeli secara tunggal (Stand Alone) atau ditambah sebagai rider dalam Takafulink. Medikal kad 'Stand Alone' boleh dibeli jika anda telah pun memiliki atau tidak mahu membeli takafulink. Ia juga sesuai pada mereka yang mahukan perlindungan perubatan (medical coverage) mampu milik.

Tax Relief
Rasanya takde sesapa pun yang suka bayar income-tax.Alang-alang dah wajib kena bayar tax, better fully utilise tax relief ni,kan? :-) 
Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 setahun untuk medikal kad. 

Info Tambahan
Kad SMART MEDIC 200 dikira Tamat/Batal jika:
  • Caruman tidak dibayar lebih dari 31 hari selepas(lapsed) tarikh bayaran sepatutnya.
  • Pemegang polisi kad telah mencapai umur 80 tahun.
  • Selepas bayaran Khairat kematian.
  • Jumlah faedah yang dibayar kepada Orang Yang Dilindungi telah melebihi Had Seumur Hidup.
  • Penamatan tempoh sijil asas (terpakai untuk sijil rider sahaja).

Pengecualian ( Exclusion )

  • Penyakit sedia ada.
  • Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama bagi perlindungan yang berterusan.Sesiapa sahaja yang menetap di luar Negara lebih daripada 90 hari berturut-turut, yang mana sijil masih lagi aktif.
  • Apa-apa keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan.
  • Kecederaan diri-sendiri dan perbuatan yang menyalahi undang-undang.
  • Peperangan, mogok dan rusuhan(Bersih 2.0).
  • Sebarang operasi kegiatan ketenteraan atau bersenjata.
  • Kehamilan, Keguguran kandungan atau kelahiran anak.
  • Gangguan mental(meroyan) atau saraf.
  • Penyalahgunaan alkohol dan dadah atau yang berkaitan dengannya.
  • Pembedahan kosmetik, elektif atau plastic, ataupun keabnormalan atau kecacatan kongenital.
  • Rawatan pergigian kecuali diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan.
  • Pemeriksaan rutin kesihatan dan apa-apa pemeriksaan yang tak melibatkan kemasukan ke hospital.
  • Rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan.
  • Pembelanjaan perubatan yang ditanggung oleh mana-mana badan/organisasi atau program perubatan dari mana-mana syarikat insurans dan Takaful.
  • Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, kemabukan,pensterilan, penyakit venereal dan sekuelnya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks Berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa
  • penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang.

      NOTA
  • Premium bayaran untuk SmartMedic 200 'Stand Alone' tetap perlu dibayar walaupun anda telah disahkan doktor menghidap mana-mana dari 46 Penyakit Kritikal. Hanya Smart Medic 200 yang diambil bersama add-on Waiver of Contribution on Dread Disease (MTWCDD) dalam Takafulink sahaja boleh waive premium bulanan anda. Please take note ya!
  • Menaiktaraf Bayaran Bersama Bilik dan Makan – Jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke dalam hospital padar kadar Bilik & Makan yang lebih tinggi daripada manfaat yang dia layak. Orang Yang Dilindungi hendaklah menanggung 10% daripada jumlah manfaat yang lain yang telah diterangkan dalam jadual faedah bagi setiap tuntutan
  • Faedah Keseluruhan yang berbayar dalam masa setahun hendaklah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan.
  • Faedah Keseluruhan yang berbayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.
  • Terma-terma dan syarat-syarat yang tepat boleh dirujuk kepada sijil perlindungan Takaful.