Kepakaran

Kepakaran

Jumaat, 26 Disember 2014

pasti ada JALANNYA

Assalamualaikum wbt semua......

Pedoman kepada mereka yang masih mencari-cari kebenaran dan mencari-cari perlindungan. In shaa Allah pasti ada JALANNYA.

rujukan : http://takafulku.tripod.com/kenapa.html

Khamis, 25 Disember 2014

Derma kepada orang miskin betul?

Assalamualaikum wbt semua...

Derma yang macam mana anda faham. Derma kepada orang miskin betul? Adakah anda fikir tentang anak-anak apabila anda sudah tiada.



HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI : "Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta"

Rabu, 24 Disember 2014

Cek Pampasan Kematian Akibat Kemalangan

Assalamualaikum wbt semua...

Berkonsi cerita dengan anda semua berkenaan dengan seorang CMC yang pernah saya hadiri kelas ilmunya iaitu CMC Mohd Zamri Abd Hamid. Beliau bersama konsultan beliau telah menyampaikan cek khariat kematian kepada isteriya Puan Salwah sebagai waris. Pewaris telah mengambil perancangan hibah semasa memohon polisi. 

*nota - Hibah adalah perancangan yang sangat berkesan kerana cek boleh diterima dalam tempoh yang cepat sekitar 3-4bulan.

keratan akhbar 

Selasa, 23 Disember 2014

Mengurus risiko

Assalamualaikum wbt semua...

Sedikit info yang saya terbaca dari portal rasmi IKIM tentang cara kita sebagai orang islam memahami dan mengetahui bagaimana mengurus risiko melalui perlindungan TAKAFUL.

rujukan 
http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7441-mengurus-risiko-menerusi-perlindungan-takaful

Laman sesawang IKIM

Ahad, 21 Disember 2014

Perancangan yang belum selesai

Assalamualaikum wbt semua...

Kita merancang Allah yang menentukan. Selalulnya dalam persembahan saya dengan prospek atau klien sedia ada. Lukisan ini selalu saya buat bagi membuka minda mereka kepada pentingya TAKAFUL sebagai persediaan jangka panjang. Namun seperti biasa daripada 10 orang yang saya jumpa hanya 3 orang yang mampu untuk mencapai tahap "YA, PERANCANGAN TAKAFUL ADALAH PENTING UNTUK SAYA".

Lukisan perancangan pelan TAKAFUL

Sabtu, 20 Disember 2014

Kereta Jenazah

Assalamualaikum wbt semua...

Saya bawa anak-anak dan isteri ke tepi pantai di Kuala Muda, Pulau Pinang. Saja nak buat 'grounding' katanya bleh menutralkan kembali cas-cas dalam badan bila kita pijak pasir pantai, wallahuallam. Semasa di tepi pantai, anak saya yang sulung Nur Yumni nak terkencing. Saya pun ternampak masjid berdekatan. Lalu membawa anak ke masjid kerana pasti ada tandas di situ. Tandas berada di bahagian belakang tepi masjid. setelah selesai hajat anak saya, kami pun keluar dari tandas. Saya menoleh ke kanan, terlihat pintu pagar tepi masjid terbuka. Terlihat sebuah kenderaan yang mengingatkan saya kepada MATI. Semua pasti tahukan..apakah kenderaan ini??? Kereta JENAZAH.

Kereta jenazah

Terasa bahawa hidup ini adalah singkat. Perlu dipenuhi dengan ibadah. Saya teringat akan klien-klien yang telah saya TAKAFULkan. Semoga mereka mendapat manfaat dari apa yang telah saya sampaikan kepada mereka dahulu. Saya pun merasakan bahawa pekerjaan ini adalah mulia.
   

Jumaat, 19 Disember 2014

Income Protection

Assalamuaalikum wbt semua...

Guru saya dalam MAA Takaful adalah CMC Cikgu Anuar telah mengajar kami tentang proposal 'income protection'. Katanya "seperti mana kereta kita..kita suka modified..begitu juga polisi Takaful sedia ada". Alhamdulillah saya terus mengaplikasikannya esok hari. Rasa seperti mendapat nafas baru dengan ilmu yang diberikan. Prospek saya yang pertama bagi mempraktikkan ilmu ini bernama Pn Elly berusia 34tahun. In shaa Allah beliau sangat berminat dengan proposal tersebut. Minda beliau terbuka dengan apa yang telah saya sampaikan.

Bersama guru saya Cikgu Anuar

   Kertas proposal saya yang pertama

Khamis, 18 Disember 2014

Melawat klien

Baru-baru ini pada 16-12-2104, saya berkesempatan melawat seorang klien (mummy). Beliau sekarang berada di hospital KPJ, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau dimasukkan ke situ kerana mengalami demam yang tidak kebah-kebah selama lebih kurang 3-4hari. Terus beliau ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut didapati biji kelenjar beliau membengkak.

Semoga mummy cepat sembuh dengan izin Allah swt..amin ya Allah.


Wad di KPJ


Mummy bersama-sama dengan anak-anak saya


Rabu, 17 Disember 2014

Hibah @ Wasi

Assalamualaikum wbt semua..

Berdasarkan cerita semalam iaitu seorang klien yang meninggal disebabkan Hepatitis B. Cek-cek yang diberikan merupakan klaim KHARIAT KEMATIAN yang diberikan kepada waris. Untuk pengetahuan semua di MAA Takaful kita mempunyai dua kaedah bagi pemberian klaim ini iaitu:
a) Wasi - Merupakan pelaksana wasidan perlu kepada sistem faraid
b) Hibah - Merupakan penerima manfaat tanpa menjadi pelaksana wasi

Saya di MAA Takaful selalu menasihatkan kepada klien-klien untuk membuat secara HIBAH. Ini adalah kerana ianya akan terus kepada waris yang nak kita berikan. Pengalaman saya dalam membuat urusan ini lebih kurang 3 bulan, apabila borang klaim dan pihak syarikat telah menerima & membuat proses dengan baik.



Selasa, 16 Disember 2014

PENINGGALAN PALING BERMAKNA

Assalamualaikum wbt tuan-tuan dan puan-puan. Sedikit perkongsian, baru-baru ini rakan saya Cikgu Saiful dari Kulim telah menyampaikan cek khariat kematian kepada keluarga arwah. Suaminya telah meninggal dunia akibat sakit Hepatitis B yang kronik. Isterinya telah menerima cek yang benilai RM122,000 setelah sekian lama mencarum dalam MAA Takaful semasa arwah masih hidup.

*HepatitisTerdapat tiga jenis hepatitis yang kerap dihidapi oleh pesakit iaitu hepatitis A, B dan C.  Penyakit hepatitis ini boleh  menjadi kronik sehingga menjadi sirosis (penyakit hati kronik) dan berkemungkinan boleh menular menjadi kanser hati.   
rujukan - http://www.alhidayah-medic.com/coretan-hj-lokman/penyakit-hepatitis

*Hepatitis B - merupakan sejenis penyakit kelamin. Virus hepatitis B (HBV) mengakibatkan keradangan hati yang teruk dan sangat mudah berjangkit. Kuman berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan yang tercemar.
rujukan - http://ms.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_B


Penyerahan cek-cek kepada isteri arwah


Cek-cek yang bernilai RM122,000

Isnin, 15 Disember 2014

Seminar NECS

Alhamdulillah saya berkesempatan ke Matrade Exibition & Convention Centre pada 13hb-Disember 2014, Sabtu yang lepas untuk menyertai Seminar "Now Everyone Can Speak" 2014. Kesan yang sangat menakjubkan kepada diri saya dengan pendedahan yang diberikan oleh setiap speaker yang terkenal di Malaysia. Kepakaran mereka sangat teserlah semasa sesi perkongsian ilmu kepada perserta-peserta yang hadir termasuklah saya.

Antara speaker tersebut ialah
1. RIZAL RASHID - Communication Coach, Founder VIP Emcee, Pengacara Majlis Profesional 
2. YBHG DATUK AZNIL HJ NAWAWI - Personaliti & Selebriti 
3. AMIN IDRIS - Master Trainer AITC, Pengacara Selebriti TV Al – Hijrah
4. ANNSHAFEERA IBRAHIM - Perunding Imej Profesional
5. FARA FAUZANA - Penyampai Radio & Personaliti TV
6. DATO’ ALIFF SYUKRI KAMARZAMAN - Pengasas D’Herbs (Terlajak Laris)

 Bersama Amin Idris

Bersama Doto Aznil Haji Nawawi

Ahad, 14 Disember 2014

Anak anugerah Allah

Saya ada menonton tV al hijrah dalam rancangan,soal wanita - karenah anak. Seorang bapa telah dijemput ke racangan tersebut.


Bapa 

Apa yang menarik sangat tentang bapa ini? Rupanya beliau dan isterinya mempunyai 13 ORANG ANAK (8 lelaki & 5 perempuan). Setiap tahun seorang anak dilahirkan. Moga Allah memberkati mereka.


7 orang anak lelaki yang hadir bersama

Sabtu, 13 Disember 2014

Senarai Semak : Ibu Bapa

Ustazah Isfadiah, Prog Assalamualaikum, tV Al Hijrah

Saya tambah lagi dua tips..8) sediakan takaful untuk perlindungan dan..9)Harta peninggalan yang mencukupi selepas ketiadaan ibu bapa.

Jumaat, 12 Disember 2014

Terbaru Terkini Hangat di Pasaran MEDICA 2015!!!


Produk takaful TERBARU daripada MAA Takaful..terbaik di pasaran. Hari-hari yang saya lalui dengan produk ini Alhamdulillah maklum balas yang baik diberikan. Jom..dah ada yang
menyertainya..anda bila lagi






Khamis, 11 Disember 2014

Kursus di Gunung Jerai, Kedah

Alhamdulillah berkesempatan untuk berkursus dengan rakan-rakan selama dua hari satu malam di Gunung Jerai, Kedah. Aktiviti mendaki, mandi dan bersenam sesuatu yang sangat menyeronokkan saya. Apatah lagi kalau dilakukan bersama rakan taulan.



Rabu, 10 Disember 2014

Kursus ARSP bersama CMC Tuan Haris

Baru-baru ini saya menghadiri kursus yang dianjurkan pihak MAA Takaful. Kursus tersebut adalah ARSP. Tujuan kursus adalah mendedahkan ilmu dan perancangan bagaimana untuk merekrut konsultan-konsultan baru. Berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada pada Tuan Haris telah diberikan sebaik mungkin. In shaa Allah, segala tunjuk ajar akan diperaktikkan sebaiknya.

 

Selasa, 9 Disember 2014

Klaim pelanggan - Reimburstment


Pelanggan saya yang perlu membayar dahulu dan membuat klaim semua bil-bil beliau sebelum dan selepas kemasukkan hospital. Terima kasih diucapkan kepada Pn Faridah. In shaa Allah yang lain pun sebelum ini sama seperti beliau.