Kepakaran

Kepakaran

Rabu, 30 November 2016

Waris terima HIBAH

Kredit kepada Tuan Azha..

Saya pun ingin menjadi seperti beliau membantu mereka yang memerlukan..waris menerima cek sebanyak RM515,500. Suami beliau telah mengambil polisi bersama ZTMB.

Moga arwah suami beliau dicucuri rahmat..moga Allah mengampunkan dosa arwah yang telah lalu dan moga Allah redha atasnya..amin.

Selasa, 29 November 2016

Income Replacement


Ihsan : https://www.facebook.com/azhasyazri?fref=nf

Berapa lama nak cover? 
Minima sampai umur 60-65
Income Replacement bertujuan untuk ganti semula pendapatan ketika kita masih bekerja mencari rezeki. Lindungi keupayaan tersebut terutamanya tempoh bekerja tu.


Isnin, 28 November 2016

Pengorbanan demi lima anak

Ikhsan : http://www.hmetro.com.my/node/184473
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 8:45 PM



Pengurus Jabatan Tajaan KYP Che Ku Noor Azlina Bt Che Ku Abdullah(kiri) mnyerahkan replika cek kepada insurans Takaful RM167,000 Fathiyah


“Selepas tiga tahun menanggung derita, akhirnya arwah meninggalkan kami. Walaupun sukar menerima kenyataan namun saya reda dengan ketentuan Tuhan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan pampasan Insurans Takaful berjumlah RM167,000 di pejabat KYP Tanjung Lumpur di sini, semalam.

Fathiyah berkata, wang insurans diterima akan digunakan untuk membesarkan lima anak selain kegunaan keluarga dan sebagai suri rumah, dia tidak mempunyai pendapatan lain.
Katanya, ketika sakit, arwah ada memohon pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) namun sehingga kini masih tiada jawapan.

Ahad, 20 November 2016

Keluarga pelajar maut digilis lori terima pampasan insurans

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1118&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_18.htm#ixzz4QV4FbxiK  Hakcipta terpelihara



Pampasan sebanyak RM43,122 itu diterima ibu mangsa

BAGAN SERAI - Keluarga pelajar sekolah tahun empat, Mohamad Haikal Helme yang maut dalam kemalangan jalan raya di sini September lalu, menerima pampasan daripada sebuah syarikat insurans.