Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 28 Julai 2013

Hibah dalam konteks operasi Takaful - Pembayar sumbangan

                                                     
Produk ini hanya ditawarkan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di mana ibu atau bapa akan bertindak sebagai pembayar sumbangan (pemberi hibah) dan anaknya merupakan peserta takaful (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi. 

Selain itu, pengendali Takaful melalui pengurusan Tabung Tabarruk akan menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran di atas kejayaan tertentu yang dicapai oleh peserta. Hibah jenis ini juga jelas dan tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip syarak kerana semua rukun dan syarat dapat dipenuhi. Berkaitan hibah manfaat Takaful kepada penama yang dinamakan di dalam borang penerima manfaat, para ilmuwan berselisih pendapat berkaitan beberapa isu yang ditimbulkan daripada amalan ini.

Antaranya adalah hibah seharusnya dilakukan semasa hidup, akan tetapi hibah manfaat Takaful akan hanya berkuatkuasa setelah peserta Takaful meninggal dunia. Status manfaat Takaful juga masih dipertikaikan sama ada ia adalah harta si mati atau tidak. Jika ia adalah harta, adakah ia perlu dibahagi-bahagikan kepada ahli waris mengikut hukum faraid atau hibah yang dibuat itu sudah memadai untuk dilaksanakan. 

Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mesyuaratnya yang ke 34 bertarikh 21 April 2003 / 19 Safar 1424, telah membuat keputusan mengenai aplikasi konsep hibah bagi pembahagian manfaat Takaful: 

1. Manfaat Takaful boleh dihibahkan kerana ia merupakan hak para peserta. Justeru, para peserta mesti dibenarkan untuk melaksanakan hak-hak mereka berdasarkan pilihan mereka selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariah; 

2. Status hibah yang digunakan dalam pelan takaful tidak akan berubah menjadi wasiat, kerana jenis hibah yang digunakan ialah hibah bersyarat di mana hibah yang dibuat ialah tawaran kepada penerima untuk tempoh masa yang tertentu. 

Dalam konteks Takaful, manfaat Takaful dikaitkan dengan kematian peserta dan tempoh matang sijil. Jika peserta masih hidup semasa tempoh matang sijil, manfaat Takaful akan dimiliki oleh peserta. Akan tetapi, jika peserta meninggal dunia sebelum tempoh matang, maka hibah akan berkuatkuasa; 

Ahad, 21 Julai 2013

Pelaksanaan hibah dalam konteks operasi Takaful

                               
HIBAH secara asasnya bermaksud pemberian, sedekah atau hadiah melibatkan akad yang mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara suka rela semasa hayatnya atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan ('iwad). 

Hibah adalah diharuskan sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 177 surah al-Baqarah. Selain itu, terdapat hadis berkaitan urusan hibah ini. 

Sbda Rasulullah SAW: Berilah hadiah, kamu akan berkasih sayang. (riwayat al-Bukhari) Pun begitu, apabila seseorang telah menghibahkan hartanya kepada individu yang lain, dia tidak boleh menarik semula atau membatalkan hibah tersebut kecuali dalam situasi seorang bapa menghibahkan harta kepada anaknya atau datuk kepada cucunya. 

Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mengambil balik hibahnya seperti orang yang menjilat kembali muntahnya". (riwayat Al-Nasa'i) 

Sabda Baginda SAW lagi: "Seseorang tidak boleh meminta balik hibahnya melainkan hibah bapa terhadap anaknya". (riwayat Al-Nasa'i) 

Setiap kontrak dalam Islam mempunyai rukun-rukun dan syarat-syarat yang mesti dipatuhi, begitu juga dengan hibah. Akad hibah tidak akan wujud melainkan setelah rukun-rukun dan syarat-syaratnya dipenuhi. 
Rukun-rukun bagi hibah ialah pemberi hibah (al-wahib), penerima hibah (al-mauhub lahu), benda yang dihibahkan (al-mauhub) dan sighah (penawaran dan penerimaan atau ijab dan qabul).

Syarat-syarat sah pemberi ialah pemberi merupakan pemilik yang sah ke atas harta yang ingin dihibahkan, tidak dihalang oleh sesuatu perkara. Pemberi juga merupakan seorang yang telah baligh dan hibah atau pemberian yang dibuat perlulah dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan. Jika pemberi dipaksa untuk menghibah atau menghadiahkan hartanya kepada orang lain, secara automatik hibah tersebut adalah terbatal. 
Selain itu, syarat-syarat penerima pula ialah penerima perlu wujud semasa proses hibah atau kontrak dijalankan. Syarat-syarat bagi barang yang ingin dihibahkan ialah ia mesti wujud semasa berlakunya akad hibah, halal, mempunyai nilai dan dimiliki oleh pemberi hibah. 

Penerima hibah tidak boleh menghibahkan barang yang menjadi milik orang lain. 
Contohnya; 
Ali menghibahkan pen Ahmad kepada Abu. Hibah tersebut adalah tidak sah kerana pen tersebut adalah dimiliki oleh Ahmad dan bukan kepunyaan Ali.

Apabila sesuatu akad hibah memenuhi rukun-rukun dan syarat-syaratnya serta berlaku penyerahan dan pemberian barang itu (al-qabd), maka harta itu menjadi milik si penerima hibah. Jika al-qabd tidak berlaku, maka akad hibah tidak sah dan pemberi hibah berhak menarik balik hibah itu selama mana harta masih berada dalam miliknya.

Ahad, 14 Julai 2013

Saya Tidak Berminat Dengan Takaful

                   

Tugas agent takaful bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun niat kami untuk menyebarkan kebaikan mempunyai polisi Takaful, ramai yang memandang serong seolah-olah kami ingin merampas duit dari mereka. Antara alasan yang diberikan adalah saya tidak berminat dengan Takaful.


Apa yang perlu agent takaful maklumkan kepada prospek sebegini?

“Encik, ketika encik meninggal dunia nanti ada 3 benda akan turut hilang bersama encik, iaitu 
(1) Anak-anak encik akan kehilangan seorang ayah 
(2)Isteri encik akan kehilangan seorang suami dan 
(3) pendapatan encik turut akan terhenti bersama encik.

Saya tidak mampu mencari pengganti ayah kepada anak-anak encik, atau pun pengganti suami yang baik seperti encik kepada isteri encik. Tetapi saya berupaya untuk menyambung pendapatan encik untuk mereka. Encik, bukankah wang pendapatan ini amat penting untuk keluarga encik apabila encik tiada nanti?

Saya faham apabila encik kata tidak berminat tetapi adakah encik tidak berminat juga menyediakan wang pendapatan untuk keluarga encik, sekiranya encik tiada ataupun wang pendapatan untuk encik sendiri sekiranya encik menjadi kurang upaya nanti?”

Kami sebagai agent takaful bukanlah ingin merampas duit anda setiap bulan..tetapi kami ingin menyediakan satu dana untuk keluarga anda apabila ketiadaan anda nanti. Saban hari kita didatangi oleh berita kematian mengejut si bapa di usia muda, serta berapa banyak kes kemalangan jalan raya setiap hari..jadi…sebagai seorang ketua keluarga..kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk melindungi keluarga tersayang dengan meninggalkan mereka dana bagi meneruskan kehidupan setelah ketiadaan kita nanti.

Jangan tangguh…kerana kita tidak mungkin mengetahui bila tarikh kematian kita.

Ahad, 7 Julai 2013

Tak perlu ambil takaful?


Tak perlu ambil insuran/takaful? company dah cover unlimited?

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, “Buat apa amik plan insurans @ takaful perubatan? Syarikat tempat saya bekerja melindungi tanpa had…” atau ada juga yang menyatakan kepada saya, “Syarikat saya cover bil hospital, so saya tak perlu ambil plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru ambil”
Ini memang kenyataan biasa. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat iinsurans yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.
Ada beberapa perkara yang saya ingin highlightkan
PERTAMA- Company melindungi tanpa had….Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja melindungi kita tanpa had. Sedangkan kita sendiri pun tidak pernah melihat sendiri polisi perlindungan insurans yang menyatakan bil perubatan dilindungi tanpa had. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun tanpa had…..limitnya adalah…
i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut???…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak produktif (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak produktif berapa di dalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…
Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon kad perubatan? Adakah syarikat insurans mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…
ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..”Haaa, masa tu baru le ambik kad perubatan” Kalau kita boleh jamin sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then bolehlah ambil kad perubatan kemudian, kalau tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang…sebabnya kad perubatan hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN.
Dah sakit, kalau bayar RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat insurans akan tolak permohonan tersebut….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….renung-renungkan.
KEDUA – Tak perlu ambik kad perubatan sekarang sebabnya saya dah ada company punya.
Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk ambil kad perubatan ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.
Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Awak tau dari awal ke yang awak akan kena sakit nie?….” atau “Awak memang nak ke, sakit nie terkena kat awak”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.
Kalau jawapannya tidak, anda kena amik kad perubatan sekarang. Kalau jawapanya ya….anda tak perlu ambil kad perubatan tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda ambil. Renung-renungkan
Kalau nak ambil kad perubatan sekarang, hubungi saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal kad perubatan ini dan bagaimana kad perubatan ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya kad perubatan ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, TIADA insurans yang nak cover anda lagi.
Sekadar berkongsi pengalaman.