Kepakaran

Kepakaran

Isnin, 28 November 2016

Pengorbanan demi lima anak

Ikhsan : http://www.hmetro.com.my/node/184473
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 8:45 PM



Pengurus Jabatan Tajaan KYP Che Ku Noor Azlina Bt Che Ku Abdullah(kiri) mnyerahkan replika cek kepada insurans Takaful RM167,000 Fathiyah


“Selepas tiga tahun menanggung derita, akhirnya arwah meninggalkan kami. Walaupun sukar menerima kenyataan namun saya reda dengan ketentuan Tuhan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan pampasan Insurans Takaful berjumlah RM167,000 di pejabat KYP Tanjung Lumpur di sini, semalam.

Fathiyah berkata, wang insurans diterima akan digunakan untuk membesarkan lima anak selain kegunaan keluarga dan sebagai suri rumah, dia tidak mempunyai pendapatan lain.
Katanya, ketika sakit, arwah ada memohon pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) namun sehingga kini masih tiada jawapan.