Kepakaran

Kepakaran

Sabtu, 20 Disember 2014

Kereta Jenazah

Assalamualaikum wbt semua...

Saya bawa anak-anak dan isteri ke tepi pantai di Kuala Muda, Pulau Pinang. Saja nak buat 'grounding' katanya bleh menutralkan kembali cas-cas dalam badan bila kita pijak pasir pantai, wallahuallam. Semasa di tepi pantai, anak saya yang sulung Nur Yumni nak terkencing. Saya pun ternampak masjid berdekatan. Lalu membawa anak ke masjid kerana pasti ada tandas di situ. Tandas berada di bahagian belakang tepi masjid. setelah selesai hajat anak saya, kami pun keluar dari tandas. Saya menoleh ke kanan, terlihat pintu pagar tepi masjid terbuka. Terlihat sebuah kenderaan yang mengingatkan saya kepada MATI. Semua pasti tahukan..apakah kenderaan ini??? Kereta JENAZAH.

Kereta jenazah

Terasa bahawa hidup ini adalah singkat. Perlu dipenuhi dengan ibadah. Saya teringat akan klien-klien yang telah saya TAKAFULkan. Semoga mereka mendapat manfaat dari apa yang telah saya sampaikan kepada mereka dahulu. Saya pun merasakan bahawa pekerjaan ini adalah mulia.