Kepakaran

Kepakaran

Jumaat, 14 Disember 2012

Akaun Semasa..semasa apa???

Akaun Semasa (Current Account - CA) 


Adalah akaun deposit yang boleh digunakan untuk kegunaan peribadi atau tujuan perniagaan. Sebagai pemegang Akaun Semasa, anda boleh membuat pembayaran menggunakan cek.

Akaun ini boleh dibuka di mana-mana institusi perbankan di Malaysia. Terdapat beberapa institusi perbankan yang menawarkan Akaun Semasa dengan pemberian faedah. Penyata akaun bulanan akan dihantar kepada anda setiap bulan secara percuma agar anda boleh menjejaki dan mengemaskini semua urus niaga anda.

Sebagai pemegang Akaun Semasa, anda boleh membuat:
• Pembayaran menggunakan cek.
• Penyimpanan cek dan tunai.
• Pertanyaan berkenaan akaun.
• Pengeluaran wang.
• Pemindahan wang ke institusi perbankan yang sama.
• Pembayaran bil.
• Pemindahan wang antara bank (GIRO).
• Perbankan dalam talian / perbankan Internet.

Tiada ulasan: