Kepakaran

Kepakaran

Selasa, 25 Disember 2012

JENIS-JENIS PELABURAN



Berikut adalah beberapa jenis pelaburan yang biasa terdapat di pasaran kewangan. Pelaburan tunai dan faedah tetap. Pelaburan tunai adalah bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia, yang meliputi produk-produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap.

Ia menyediakan kemudahan apabila anda memerlukan wang dan anda tidak mungkin kehilangan modal kerana ianya terjamin. Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada pertumbuhan modal. Sebenarnya pelaburan ini boleh menjadi berisiko pada jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai pelaburan anda.

Bagi kebanyakan pelabur, produk faedah tetap dan tunai adalah sesuai untuk:
• digunakan sebagai akaun transaksi.
• menyimpan wang bagi perbelanjaan jangka masa pendek dan kecemasaan.
• simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas modalnya.