Kepakaran

Kepakaran

Isnin, 10 Disember 2012

HIDUP MENGIKUT KEMAMPUAN


Mengenal pasti keperluan dan kehendak anda

Apabila anda hidup mengikut kemampuan, anda juga akan berbelanja mengikut wang yang ada. Di samping itu, anda boleh menabung untuk memenuhi matlamat kewangan anda. Adalah mudah untuk berbelanja secara berlebihan. Pelbagai barangan sentiasa dipasarkan di TV, papan iklan, majalah dan akhbar. Pada asasnya, adalah bergantung kepada anda untuk menahan diri daripada terpengaruh olehnya. Anda boleh berbuat demikian dengan memahami apa sebenarnya yang mempengaruhi perbelanjaan anda dan apakah keperluan serta kehendak anda.



Apakah itu ‘keperluan’?
Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada kerana anda tidak boleh hidup tanpanya, sebagai contoh makanan. Anda perlu makan untuk hidup dan tanpanya, anda mungkin tidak boleh hidup lama.

Apakah itu ‘kehendak’?
Kehendak adalah sesuatu yang anda inginkan tapi tidak semestinya perlu. Barang kemas adalah suatu kehendak kerana anda tidak perlu memakainya untuk hidup. Pada zaman ini, telefon bimbit dengan ciri asas adalah suatu ‘keperluan’ untuk berkomunikasi bersama orang lain. Walau bagaimanapun, telefon bimbit dengan Bluetooth, pemain muzik, kamera dan video, dan GPS hanyalah ‘suatu kemewahan yang seronok dimilikinya’. Memahami perbezaan antara keperluan dan kehendak akan memberi kesan yang ketara terhadap tingkah laku perbelanjaan anda dan seterusnya kepada kewangan masa depan anda. Segala keputusan yang dibuat berhubung dengan keperluan dan kehendak anda akan memberi kesan kepada bajet dan perbelanjaan bulanan anda.