Kepakaran

Kepakaran

Khamis, 13 Disember 2012

Apa itu Akaun Simpanan?

                         


Akaun Simpanan (Savings Account - SA) membolehkan anda menyimpan wang dan menerima faedah yang telah ditentukan tanpa tempoh matang. Perkhidmatan ini ditawarkan oleh semua institusi perbankan di Malaysia. Deposit minimum untuk membuka akaun simpanan berbeza-beza daripada satu institusi ke institusi perbankan yang lain.

Anda boleh menyimpan atau mengeluarkan wang daripada akaun simpanan pada bila-bila masa. Anda juga boleh memohon kad ATM untuk mengeluarkan wang daripada mesin ATM bank berkenaan di samping menjalankan pelbagai transaksi lain. Antara transaksi yang biasanya boleh anda lakukan adalah:
• Penyimpanan tunai atau cek.
• Pengeluaran wang.
• Pertanyaan berkenaan akaun.
• Pemindahan wang ke institusi perbankan yang sama.
• Pembayaran bil.
• Pemindahan wang antara bank (GIRO).
• Perbankan dalam talian / perbankan Internet.