Kepakaran

Kepakaran

Selasa, 11 Disember 2012

Berbelanjalah dengan bijak


Apabila anda ingin membeli sesuatu, tanyalah diri anda - 

Adakah saya memerlukannya? 
Adakah saya mampu membelinya? 

         

Bajet peribadi dan aliran tunai anda boleh membantu menjawab soalan ini. Semak terlebih dahulu sekiranya anda telah membuat peruntukan bagi perbelanjaan ini ataupun anda telah lebih berbelanja bagi bulan tersebut. Sekiranya, ini merupakan suatu kehendak, pertimbangkan untuk tidak membelinya atau belilah sesuatu yang serupa tetapi pada harga yang lebih murah supaya anda boleh menambah simpanan. 

Dengan berbuat demikian, anda telah berbelanja secara berhemah dan hidup mengikut kemampuan anda. Membuat pilihan munasabah ketika membeli dan berbelanja secara berhemah akan mencegah anda serta orang lain daripada menghadapi masalah kewangan. Mengendalikan kewangan peribadi anda secara bertanggungjawab adalah mudah jika anda mula belajar mengatakan ‘tidak’ sekiranya anda tidak mampu membelinya.