Aset dan Liabiliti
Untuk melakukan ini, anda memerlukan dua jenis penyata kewangan:
• Penyata kira-kira peribadi.
• Penyata aliran tunai
Kedua-dua penyata ini dapat membantu anda:
• memberikan maklumat tentang kedudukan kewangan semasa dan ringkasan pendapatan dan perbelanjaan anda;
• mengukur pencapaian anda dalam memenuhi matlamat kewangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang;
• menyimpan maklumat tentang aktiviti kewangan anda, seperti pelaburan dan corak perbelanjaan;
• menyediakan data yang boleh digunakan untuk mengisi borang cukai pendapatan atau membuat permohonan pinjaman bank.
Penyata kewangan peribadi mencatatkan apa yang anda miliki dan apa yang anda hutang:
• Apa yang dimiliki (aset) - termasuk wang tunai, tabungan, hartanah, amanah saham atau saham syarikat.
• Hutang anda (tanggungan) - merangkumi kesemua jenis pinjaman, sama ada hutang bank, keluarga atau kawan, di samping hutang kad kredit dan pembayaran yang dijangka, seperti sewa rumah dan bil utiliti.