Langkah 1 – Senaraikan barangan bernilai yang anda miliki
- Wang tunai dan yang seumpamanya seperti akaun simpanan, simpanan tetap, akaun pasaran wang.
- Pelaburan seperti saham, bon, dana amanah saham.
- Dana persaraan seperti KWSP, akaun persaraan peribadi yang akan meningkat nilainya.
- Harta benda termasuk hartanah atau harta peribadi yang akan meningkat nilainya.
- Kepunyaan peribadi yang boleh dijual untuk mendapatkan wang seperti barangan kemas, jongkong emas, hasil seni, dan barang-barang antik nyatakan pada nilai pasaran, iaitu harga yang sanggup dibeli oleh pembeli yang rasional dan berpengetahuan.
Langkah 2 – Jumlahkan set anda
Langkah 3 – Senaraikan apa-apa yang anda hutang kepada orang lain
- Pinjaman termasuk gadai janji, pinjaman pelajaran, pinjaman bank, dan pinjaman lain.
- Baki kad kredit
- Cukai tertunggak seperti cukai hartanah, dan cukai pendapatan.
- Hutang kepada saudara mara, kawan dan orang lain.
- Baki bayaran ansuran bagi barangan pengguna seperti perabot dan TV.
Langkah 4 - Jumlahkan liabiliti anda
Langkah 5 – Aset tolak liabiliti
Sekiranya jawapannya positif, tahniah! Anda harus merancang cara menambahkan nilai harta bersih anda. Tappi sekiranya jawapannya negatif, jangan kecewa kerana anda masih boleh mengambil langkah-langkah untuk memperbaikkan keadaan anda. Ada beberapa cara untuk menambahkan nilai harta bersih anda. Ini termasuklah:
• Menambah tabungan.
• Mengurangkan perbelanjaan.
• Mengurangkan hutang.
• Menjual sebahagian daripada harta benda atau aset yang tidak menjanakan keuntungan.