Kepakaran

Kepakaran

Rabu, 12 Disember 2012

Menangguhkan kehendak


Adakah anda masih ingat zaman kanak-kanak dahulu apabila anda meminta aiskrim dan ibu anda hanya membenarkannya selepas anda menghabiskan kerja rumah anda? Adakah anda ingat meminta ayah membeli basikal baru dan ayah berkata akan hanya membelinya sekiranya anda memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang? Dalam kedua-dua keadaan, ibu bapa anda telah mendidik anda untuk menangguhkan kepuasan.

Sepanjang zaman dewasa anda, sentiasa ada seseorang yang cuba mempengaruhi anda untuk membelanjakan wang. Jika bukan rakan yang mengajak anda untuk keluar makan malam, mungkin ada jurujual di pasar raya yang meminta anda untuk membeli produk mereka. Ambillah masa untuk memikirkan sama ada perlu untuk membelanjakan wang dan adakah anda mampu berbelanja mengikut bajet yang telah disediakan? Ingat, apabila anda berkata ‘tidak’ untuk berbelanja sekarang (dengan menangguhkan kepuasan), anda berada selangkah lebih hampir untuk mencapai impian kewangan anda.

Dalam kehidupan, sentiasa ada alternatif untuk membuat pilihan lain. Tinjau pengganti lain bagi keperluan dan kehendak anda. Tukar tanggapan atau persepsi anda, jika perlu. Daripada membeli kereta, gunalah pengangkutan awam sebagai alternatif untuk pergi di sekitar bandar. Justeru anda bukan saja akan menjimatkan wang, malah juga boleh menyumbang secara positif kepada alam sekitar.

KESIMPULANNYA
• Menetapkan matlamat kewangan adalah penting untuk memperoleh jaminan hidup dan kebebasan kewangan.
• Matlamat kewangan anda harus mencerminkan nilai dan kepercayaan anda.
• Matlamat kewangan hendaklah ditulis secara spesifik, kemudian dikategorikan kepada matlamat jangka masa pendek, sederhana dan panjang.
• Menabung untuk dana kecemasan hendaklah menjadi satu daripada matlamat kewangan anda.
• Kunci kira-kira peribadi menunjukkan aset dan liability serta nilai harta bersih anda pada sesuatu masa tertentu.
• Menyediakan bajet dan menjejak aliran tunai anda merupakan sebahagian daripada proses berterusan yang memerlukan kesabaran, disiplin dan fleksibiliti.
• Adalah sangat penting untuk hidup mengikut kemampuan anda.