Apabila anda melabur wang hasil titik peluh, anda harus berwaspada daripada terlibat dalam skim cepat kaya. Skim ini kononnya menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang rendah dan hanya memerlukan sedikit kemahiran, masa serta usaha untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, dan beroleh kekayaan dengan hanya bekerja dari rumah.
Skim cepat kaya ini selalu diiklankan dalam majalah dan akhbar, manakala skim haram selalunya dipromosikan menggunakan Internet melalui spam dan e-mel, serta ditawarkan melalui panggilan rawak dan sms.
• Menjanjikan pulangan tinggi sebanyak 20-30% sebulan tanpa risiko atau dengan risiko yang rendah.
• Tawaran itu hanya bagi jangka masa terhad, jadi anda diminta menyertainya dengan segera.
• Skim itu berasal dari negara luar dan siasatan tidak boleh dibuat atas pejabatnya atau statusnya tidak boleh dipastikan melalui laman web badan pengawal selia negara tersebut.
• Anda diminta memberi maklumat sulit seperti nombor bank akaun anda.