MENETAPKAN MATLAMAT KEWANGAN ANDA
Kenapa perkara ini penting?
Dalam permainan bola sepak, objektif pemain adalah untuk memasukkan bola ke dalam gol pasukan lawan. Mereka mengorak langkah demi langkah dan menggunakan pelbagai strategi, demi untuk menjaringkan gol.
Sekarang bolehkah anda bayangkan bermain bola sepak tanpa sebarang objektif?
Selain menjadi aspek kehidupan harian yang penting, wang juga merupakan alat utama untuk membantu anda mencapai matlamat hidup anda. Anda perlu mengurus wang melalui perancangan kewangan yang teratur. Salah satu langkah dalam proses ini adalah untuk menetapkan matlamat kewangan anda.