Hibah adalah alternatif kepada wasi dalam pembahagian wang pampasan takaful. Hibah merupakan satu bentuk pemberian atau hadiah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Hibah di dalam konsep takaful dikenali sebagai hibah bersyarat di mana hibah akan dilaksanakan apabila peserta takaful telah meninggal dunia.
Berbeza dengan instrumen wasi, si isteri hanya berhak mendapat 1/8 dan perlu dibahagikan mengikut kaedah faraid. Jadi, sebelum anda membuat keputusan pelan takaful dari pengendali takaful mana yang ingin pilih, sila pertimbangkan kaedah perwarisan ini kerana tidak semua pengendali takaful menawarkan hibah sebagai kaedah perwarisan wang pampasan takaful.