Kepakaran

Kepakaran

Rabu, 14 November 2012

Saya boleh pilih pelaburan ikut dana yang saya mahu???


Untuk tujuan pelaburan Akaun Pelaburan Peserta, peserta boleh memilih dana-dana yang ditawarkan oleh pihak pengendali takaful. 

Antara contoh-contoh dana-dana yang ditawarkan ialah: 

i) Dana Shariah Berkembang (Growth) 
-Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi perlaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi. - Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi. 

ii) Dana Shariah Seimbang (Balanced)
-Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.

iii) Dana Shariah Pendapatan (Income)
-Menyediakan pendapatan stabil menerusi perlaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.