Kepakaran

Kepakaran

Isnin, 5 November 2012

Takaful..apa tu???

Definisi Takaful 

Perkataan takaful adalah berasal dari perkataan arab, takafala yang bermaksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara. 

Ini bermakna penyertaan seseorang ke dalam skim takaful adalah untuk tujuan saling menjaga dan memelihara kebajikan peserta-peserta lain yang berada di dalam sesuatu kelompok atau kumpulan. 

Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan kepada persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju memberi sumbangan bagi maksud itu.