Kepakaran

Kepakaran

Selasa, 6 November 2012

Takaful, ada KONSEP???

Konsep Takaful


Konsep takaful adalah bantu-membantu sesama peserta takaful di mana setiap peserta bersetuju bahawa sekiranya berlaku sebarang musibah terhadap peserta lain, peserta-peserta lain akan menyediakan sumbangan kewangan yang akan diberikan kepada peserta yang ditimpa musibah tadi. 


       
Sistem takaful akan dapat mewujudkan satu perhubungan erat dan ukhwah sesama peserta dan mewujudkan satu sistem atau peraturan di mana peserta-peserta berpakat untuk menanggung kerugian atau kehilangan yang dihadapi peserta lain. 

Amalan yang diamalkan di dalam sistem takaful ini selaras dengan falsafah Islam di mana Islam menggalakkan sifat tolong menolong dan memberi bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah.

قال اللَّه تعالى:  {وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى } .
(2 Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa. (QS. Al Maidah