Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 11 November 2012

Apa itu caj risiko atau tabarru' dalam sistem takaful?

Caj risiko atau tabarru' ialah caj yang dikenakan bagi setiap manfaat yang diperoleh bagi setiap pelan takaful. Setiap manfaat termasuklah rider atau manfaat tambahan mempunyai caj risiko yang tersendiri yang akan ditolak dari akaun pelaburan peserta. 

Lagi tinggi nilai manfaat atau rider yang diambil, lagi tinggi caj risiko akan dikenakan. 

Formula : 

Begitu juga 

bilangan rider yang diambil, lagi banyak rider yang disertakan, lagi tinggi caj risiko yang akan dikenakan. 

Formula : 

Caj risiko ini berbeza mengikut apa yang dikenakan oleh pihak pengendali takaful. Anda boleh mengetahui berapakah caj risiko yang dikenakan dengan meminta ilustrasi berkomputer yang dijana menerusi sistem sebut harga setiap pengendali takaful dari ejen takaful.