Seramai 50 pegawai kaunselor kami dari sebelas lokasi di seluruh negara telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu peminjam yang mengalami kesukaran untuk mengawal semula kedudukan kewangan mereka.
Pernyataan di atas juga terbukti melalui kajian berkumpulan tertumpu yang dijalankan atas graduan muda yang bekerja dalam pelbagai bidang selama satu hingga dua tahun. Mereka bersetuju bahawa pendedahan awal kepada pendidikan kewangan peribadi adalah penting dan yakin dengan pendidikan tersebut, mereka dapat menguruskan hal-hal kewangan mereka dengan lebih sempurna.