Kepakaran

Kepakaran

Jumaat, 1 Februari 2013

Perangkap kredit dengan bayaran minimum bulanan


                                  

Anda mungkin berpuas hati dengan cuma membuat bayaran minimum bulanan bagi penyata kad kredit anda, lebih-lebih lagi jika ini membantu dalam aliran tunai anda. Malangnya, ada buruknya sekiranya anda berbuat demikian – anda akan dikenakan caj faedah dan masa yang lebih lama akan diambil untuk menyelesaikan hutang tertunggak ini. Akibatnya? Bebanan hutang anda semakin banyak dalam jangka masa yang singkat. 

Buat masa ini, kebanyakan pengeluar kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian dan dikompaun secara bulanan.

Anda telah mempelajari dalam bab-bab sebelum ini mengenai kesan faedah kompaun apabila anda membuat tabungan. Faedah kompaun juga diguna pakai dalam hal ini, di mana faedah dibayar pada jumlah pokok campur dengan faedah yang terkumpul terhadap baki pinjaman.

Adalah penting untuk menyedari bahawa dengan hanya membayar jumlah minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk menyelesaikan hutang kad kredit anda, maka lebih banyak hutang akan terkumpul. Dengan kadar faedah yang tinggi, anda membayar lebih lagi kepada institusi kewangan jika dibandingkan dengan harga asal yang dibayar bagi barangan atau perkhidmatan yang anda beli dahulu. Pastikan anda sentiasa membuat bayaran penuh untuk mengelak daripada kemelut kewangan.

Sila layari laman web www.bankinginfo.com.my bagi formula untuk mengira bayaran caj faedah kad kredit.