Kepakaran

Kepakaran

Jumaat, 15 Februari 2013

Membeli kereta


                         

Berikut adalah petua berguna apabila membeli kereta:

• Buat tinjauan untuk mendapatkan kereta yang boleh dipercayai prestasinya. Minta nasihat ibu bapa, ahli keluarga atau sahabat anda. Jika anda memutuskan untuk membeli kereta terpakai, dapatkan pendapat mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa kereta tersebut terlebih dahulu.

• Atur belanjawan berasaskan gaji bulanan. Pertimbangkan ansuran kereta bulanan dan lain-lain kos bulanan seperti kos petrol, bayaran tol dan tempat letak kereta, perbelanjaan tahunan termasuk cukai jalan, insurans dan servis, serta perbelanjaan di luar dugaan untuk membaiki kerosakan kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan.

• Jika anda membuat keputusan untuk memohon pinjaman kereta, tinjau terlebih dahulu pembayaran berdasarkan kemampuan. Adalah lebih baik untuk membeli kereta menggunakan wang tunai tetapi ini boleh membebankan. Oleh itu, cuba kumpulkan lebih wang tunai untuk pembayaran wang pendahuluan dan dapatkan jumlah pinjaman yang lebih rendah. Tanya apakah nilai faedah efektif yang perlu dibayar.

• Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran deposit. Ini bukanlah tindakan yang bijak kerana kad kredit mengenakan kadar faedah yang tinggi.

• Cuba buat bayaran tunai untuk petrol, cukai jalan tahunan, penyelenggaraan dan insurans kereta daripada menggunakan kad kredit anda.

• Elakkan menaikkan taraf atau mengubah suaikan sistem bunyi kereta, menukar kepada tayar yang mahal atau memasang aksesori tambahan. Ini tidak akan menambah nilai kereta anda. Memiliki kereta bukanlah murah. Sebelum anda membeli kereta, pastikan anda mampu menyelenggaranya.

Tiada ulasan: