Kepakaran

Kepakaran

Rabu, 13 Februari 2013

LHDN dan anda


                          

LHDN sedia maklum tentang jumlah pendapatan yang anda peroleh daripada potongan B.S.T yang dibuat terhadap pendapatan bulanan anda. Tambahan lagi, majikan perlu memberi nama, alamat dan butiran pendapatan seperti elaun atau komisen kepada LHDN melalui borang Earning Advise (EA).

Selain borang EA yang dikemukakan oleh majikan anda, terdapat borang cukai tafsir sendiri yang mesti diserahkan kepada LHDN di mana anda perlu mengisytiharkan kesemua sumber pendapatan. Pada akhir tahun, jika pendapatan yang boleh dicukai melebihi potongan B.S.T, anda mesti membayar perbezaannya kepada LHDN.

Di bawah sistem taksir sendiri, anda harus menaksir dan membayar sendiri cukai pendapatan anda. Ini termasuk mengira cukai yang harus dibayar, mengisi dan menghantar Borang Pulangan sebelum tarikh akhir. Walau bagaimanapun Notis Taksiran (Notice of Assessment) tidak akan dikeluarkan bagi anda. Sebaliknya, anda harus menganggarkan cukai yang perlu dibayar bagi tahun ini dan membuat pembayaran bulanan berasaskan anggaran tadi.

Untuk mengetahui jumlah potongan bulanan, anda boleh merujuk kepada jadual B.S.T melalui laman web: www.hasil.org.my.

Anda boleh membuat bayaran ansuran bulanan kepada LHDN secara terus atau melalui institusi kewangan.
Jika anda memiliki perniagaan, anda harus membayar cukai bagi keuntungan yang diperoleh daripada perniagaan tersebut. Adalah dinasihatkan supaya anda merujuk kepada perunding cukai untuk menasihati anda tentang perancangan cukai yang baik bagi perniagaan seperti perniagaan tunggal, perkongsian atau syarikat sendirian berhad.