Kepakaran

Kepakaran

Khamis, 14 Februari 2013

KERETA ANDA


                             

Selepas anda mula bekerja, salah satu pembelian utama yang dibuat ialah membeli kereta. Kereta merupakan jenis pengangkutan yang paling mudah, bukan sahaja untuk pergi ke tempat kerja malah juga untuk lain-lain kegunaan. Banyak yang perlu diambil kira jika memiliki kereta. Anda perlu menyelenggara, membaikinya apabila rosak dan membayar cukai jalan serta insurans kereta.

Sekiranya anda bercadang untuk membeli kereta, anda perlu membuat keputusan sama ada untuk membeli kereta baru ataupun kereta terpakai. Ramai orang berpendapat lebih baik memiliki kereta baru kerana kos penyelenggaraannya jauh lebih rendah berbanding kereta terpakai. Mungkin ini ada kebenarannya tetapi kereta baru mempunyai masalahnya tersendiri dan susut nilainya juga lebih tinggi.

Untuk memastikan anda tidak berbelanja lebih daripada pendapatan anda, belilah kereta terpakai yang masih dalam keadaan baik atau kereta baru yang paling mampu buat anda. Malah apa yang penting adalah ia dapat membawa anda dari tempat A ke tempat B dengan mudah dan selesa. Buat masa ini, anda tidak memerlukan kereta mewah atau model import. Anda boleh membeli kereta impian anda pada masa hadapan, apabila anda lebih berkemampuan.

Tiada ulasan: