Kepakaran

Kepakaran

Khamis, 28 Februari 2013

PERSARAAN ANDA


Anda tidak terlalu muda ataupun tua untuk merancang persaraan anda. Lagi awal lagi baik, tetapi lebih baik ada daripada tiada langsung.

Walau bagaimanapun adalah baik untuk memupuk tabiat menyimpan pada usia muda. Bahkan, menabung patut menjadi amalan hidup kita. Adalah bijak untuk tidak hanya mengharapkan simpanan KWSP kerana kemungkinan simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung gaya hidup yang selesa ketika persaraan.

Mereka yang berada pada peringkat dewasa, lazimnya tidak memikirkan bahawa suatu hari nanti mereka akan bersara. Persaraan sememangnya bukan perkara mudah bagi semua peringkat umur. Orang yang berumur dalam lingkungan empat puluhan juga tidak mahu memikirkan tentang aspek-aspek persaraan. Mereka mempunyai pelbagai tanggungan – rumah, pelajaran anak, kesihatan ibu bapa dan 1001 macam perkara yang perlu diberi keutamaan. Kita juga mempunyai perasaan takut tentang perkara yang tidak kita ketahui. Tanpa mengetahui apa yang akan berlaku kepada anda pada hari tua kadang-kadang menghindarkan anda daripada memikirkan tentang kebajikan kewangan.

Anda lebih rela hidup pada masa sekarang daripada memikirkan untuk merancang bagi masa hadapan. Mungkin anda berasa takut kerana telah jauh ketinggalan dalam rancangan persaraa anda. Anda mungkin telah membelanjakan terlalu banyak wang, keupayaan menjana pendapatan pula tidak meningkat dan anda tidak mampu meningkatkan tabungan anda. Jika anda selalu menabung, anda mungkin berada dalam keadaan yang lebih selesa dan rasa diri anda berkuasa.

Dengan menabung awal di peringkat dewasa, anda akan dapati bahawa anda mempunyai cukup wang untuk menikmati keseronokan hidup walaupun sebelum usia persaraan.

Tiada ulasan: