Kepakaran

Kepakaran

Selasa, 5 Februari 2013

Masalah pembayaran balik hutang


Ingkar dalam bayaran pinjaman dan gagal menjelaskan hutang kad kredit membawa kesan yang sangat buruk. Anda mungkin didakwa oleh institusi kewangan. Kereta atau harta anda akan dilelong. Ahli keluarga anda akan terpaksa membantu anda menjelaskan hutang tersebut.
Penjamin anda, jika ada, terpaksa menanggung sama kerana tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka. Anda mungkin diisytiharkan muflis, seperti dalam topik yang dibincangkan sebelum ini. Anda mungkin mengalami tekanan emosi apabila mendapat panggilan secara berterusan daripada peguam dan pemiutang yang ingin mendapatkan pinjaman mereka semula. Dalam keadaan sebegini, anda kurang produktif dan kerja serta kesihatan anda terjejas.