Kepakaran

Kepakaran

Sabtu, 23 Februari 2013

Perkahwinan


Anda sepatutnya bersikap realistik tentang perbelanjaan perkahwinan anda. Anda pastinya terperanjat apabila mengetahui betapa besarnya jumlah yang terlibat bagi semua perbelanjaan yang berkaitan, seperti hadiah, majlis istiadat, majlis makan, pakaian, kasut, dan gambar perkahwinan.
                                       
Seperti aspek lain dalam kehidupan anda, sediakan suatu bajet terlebih dahulu. Senaraikan barangan yang mustahak bagi perkahwinan anda. Bincanglah bersama pasangan anda jumlah wang anda berdua mampu bagi perbelanjaan tersebut. Dapatkan petua dan nasihat daripada mereka yang telah melaluinya dan cara berbelanja secara berhemat bagi peristiwa yang penting ini.

Jangan berbelanja sehingga anda terpaksa meminjam daripada ahli keluarga serta kawan, atau dari bank, bagi majlis perkahwinan anda semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Malah, anda sepatutnya membuat simpanan awalbagi perkahwinan sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan anda secara menyeluruh. Terdapat banyak kes di mana pasangan mengalami banyak masalah disebabkan hutang besar yang terpaksa ditanggung kerana perbelanjaan perkahwinan mereka. Sering kali masalah kewangan akan mengakibatkan kesukaran lain.