Menjalani kehidupan seharian memerlukan anda membuat pilihan bijak sama ada dalam memilih kerjaya, membeli kereta atau rumah. Membuat pilihan bijak memerlukan perancangan awal, menyelidiki apa yang terdapat di pasaran dan mengelak daripada membuat keputusan secara tergesagesa. Anda mungkin telah memperoleh beberapa pandangan dan saranan bagaimana merancang dan menguruskan kewangan anda dari bab-bab yang lepas. Apa yang perlu hanyalah untuk mengamalkannya dalam kehidupan anda.
KERJAYA ANDA
Seperti kebanyakan orang, anda memerlukan pekerjaan selepas tamat pengajian. Pekerjaaan ini merupakan pengalaman pertama yang akan seterusnya membentuk kerjaya anda. Tidak kira apa yang anda pilih untuk lakukan, pupuk minat dalam kerjaya yang diceburi dan pastikan anda menyayangi dan menyenangi pekerjaan tersebut. Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai bakat dan kebolehan dalam bidang yang diceburi. Sebagai contoh, jika anda tidak menyukai matematik, jangan paksa diri anda menceburi kerjaya perakaunan. Sebaliknya, jika anda suka berurusan dengan orang ramai, kerjaya dalam bidang jualan dan pemasaran mungkin bersesuaian bagi anda.