Kepakaran

Kepakaran

Selasa, 19 Februari 2013

Lokasi, lokasi, lokasi


Sebelum membeli rumah, lakukan perkara berikut:

                              

• Pandu sekeliling kawasan perumahan tersebut pada masa berlainan iaitu pada hari biasa dan hujung minggu untuk meninjau kejiranan di situ.

• Periksa sama ada terdapat ciri-ciri lain yang boleh meningkatkan nilai rumah anda seperti sekolah, kedai, taman dan padang permainan, pengangkutan awam dan kawasan komersial di persekitarannya. Beri perhatian kepada keadaan yang boleh mengakibatkan kawasan di situ mengalami keadaan ekonomi yang tidak menguntungkan.

• Periksa jika rumah itu terletak di tanah pegangan bebas atau pegangan pajak. Membeli rumah di tanah pegangan pajak bermakna anda mempunyai hak atas tanah tersebut bagi suatu jangka masa tertentu sahaja. Nilai pasaran rumah yang berada di kawasan pegangan bebas biasanya lebih tinggi berbanding rumah yang berada di kawasan tanah pegangan pajak. Rumah di tanah pegangan pajak bermakna anda tidak ‘memiliki’ tanah tersebut kerana anda harus memulangkannya kepada kerajaan selepas tamat tempoh pajakan, biasanya 99 tahun. Nilai pasaran rumah akan berkurangan apabila tempoh pajakan semakin berkurangan.

• Berbincanglah dengan perunding hartanah yang boleh memberi nasihat yang bernas mengenai pasaran hartanah, lokasi yang bersesuaian atau jenis perumahan, seperti pangsapuri, kondominium atau rumah di tanah yang akan meningkat nilainya.