Kepakaran

Kepakaran

Sabtu, 2 Februari 2013

Petua penggunaan kad kredit


• Pastikan membuat bayaran sepenuhnya untuk mengelak daripada dikenakan faedah.
• Jangan gunakan kad kredit sekiranya anda tidak boleh membuat bayaran bulanan.
• Hadkan bilangan kad kredit anda.
• Jangan sekali-kali menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai dari mesin ATM. Setiap kali anda mengeluarkan wang menggunakan kad kredit, anda menambahkan lagi beban pinjaman, ditambah lagi dengan fi pendahuluan wang tunai dan faedah harian yang dikenakan.
• Bayar sebelum tarikh akhir penyata untuk mengelak daripada membayar faedah dan caj bayaran lewat.
• Ketahui akibat hanya membayar jumlah minimum sepanjang masa.
• Jika anda menghadapi masalah aliran tunai, pastikan anda membayar jumlah minimum dahulu diikuti dengan pembayaran penuh secepat mungkin.
• Sentiasa menyemak penyata bulanan kad kredit anda untuk memastikan urus niaga dan caj yang dikenakan adalah munasabah. Penyata kad anda akan merekodkan segala urus niaga, fi dan caj, tarikh bil matang dan bayaran minimum yang perlu dibuat. Hubungi bank anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan, atau jika anda tidak menerima penyata bulanan.