Kepakaran

Kepakaran

Isnin, 11 Februari 2013

Pinjaman pelajaran anda


Pinjaman pelajaran adalah suatu obligasi yang tidak boleh dipandang ringan. Apabila anda mula bekerja, mulalah membayar pinjaman pelajaran anda. Kita telah membincangkan betapa pentingnya bagi anda berbuat demikian. Pinjaman pelajaran adalah suatu pinjaman, bukannya pemberian hadiah. Ia merupakan kewajipan dari segi perundangan dan moral bagi anda membayarnya supaya orang lain juga dapat menikmati faedah sama yang telah anda nikmati.

Jika anda tidak membayar balik pinjaman pelajaran, ini boleh menjejas peluang anda untuk bekerja dengan majikan yang baik. Anda juga mungkin tidak berpeluang mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan kelak- ini berkemungkinan melambatkan usaha untuk mencapai matlamat kehidupan dan kewangan anda.