Kepakaran

Kepakaran

Isnin, 18 Februari 2013

Membeli atau menyewa


Dari sudut kewangan

                                
Apabila memiliki rumah, bayaran bulanan yang dibuat adalah seperti memasukkan wang ke dalam akaun simpanan. Setiap kali gadai janji tersebut dibayar, peratusan tertentu akan pergi ke arah menambahkan nilai harta bersih anda. Ini seperti memiliki wang di bank kerana anda boleh mengeluarkannya pada kemudian hari sekiranya perlu.

Berbeza dengan menyewa, kadar sewa boleh meningkat dari tahun ke tahun, tetapi jika membeli, jumlah prinsipal pada gadai janji anda akan berkurangan bagi setiap pembayaran yang dibuat. Tambahan lagi, apabila pasaran perumahan meningkat, nilai rumah anda juga meningkat selagi berada di lokasi yang baik.

Walaupun membeli sebuah rumah adalah suatu yang hebat, ia bukannya untuk semua orang. Membeli rumah memakan masa, melibatkan kos yang tinggi dan mungkin membebankan:

• Memiliki rumah memerlukan pelaburan masa. Anda harus mengurus halaman rumah, membaik pulih dan menghabiskan banyak masa untuk menentukan semuanya berjalan dengan lancar. Sebenarnya, anda terikat kepada rumah anda. Sebaliknya, sebagai penyewa rumah atau pangsapuri, anda bebas bergerak ke mana saja.
• Pengubahsuaian rumah yang kecil tetapi yang dilakukan beberapa kali memakan belanja yang besar. Sekiranya anda menyewa, perbelanjaan penyelenggaraan biasanya ditanggung oleh tuan rumah.
• Jika anda dapati tidak senang hati dengan kejiranan, anda mungkin rasa ‘terperangkap’. Anda hanya dapat menjual rumah anda untuk mendapatkan kembali pelaburan awal apabila nilai rumah itu meningkat.
• Apabila anda menjadi pemilik rumah, apa-apa pun boleh berlaku yang mengakibatkan penurunan nilai rumah – rumah anda mungkin di kawasan yang kerap berlaku banjir atau jalan raya utama yang sibuk mungkin dibina berdekatan dengannya beberapa tahun kemudian. Jika anda menyewa, anda boleh pindah bila-bila masa sahaja dari situ. Apabila anda menyewa, anda bebas bergerak. Walau bagaimana pun, jika anda memiliki rumah anda sendiri, anda akan menikmati kebebasan kewangan.