Produk takaful mempunyai ciri-ciri yang unik berbanding produk konvensional:
• Anda dan syarikat takaful akan berkongsi lebihan dana takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui. Jumlah lebihan dana tersebut akan dikira setelah mengambilkira perbelanjaan seperti tuntutan, dana simpanan teknikal, belanja pengurusan dan takaful semula (re-takaful).