Kepakaran

Kepakaran

Isnin, 14 Januari 2013

Pembelian insurans


                                      
Pastikan yang anda membeli insurans dari syarikat yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Apabila mendapatkan nasihat, pastikan perunding insurans atau broker tersebut dilesenkan oleh BNM dan merupakan ahli anggota Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association.

Sekiranya anda ingin membeli insurans hayat melalui ejen, pastikan ejen tersebut berdaftar dengan syarikat insurans yang dilesenkan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Manakala bagi insurans am, ejen pula mestilah berdaftar dengan syarikat insurans am yang dilesenkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Anda meraih lebih manfaat sekiranya anda menggunakan internet, membaca risalah-risalah produk dan bertanya kepada mereka yang berpengalaman sebelum membuat keputusan untuk memiliki apa-apa polisi insurans.

Insurans biasanya dibeli untuk melindungi anda dan waris-waris anda supaya mereka tidak menghadapi kesempitan kewangan sekiranya berlaku kejadian malang yang tidak diduga.