Kepakaran

Kepakaran

Khamis, 10 Januari 2013

Takaful Am


Takaful am melindungi anda bagi suatu jangka masa pendek, biasanya satu tahun, bagi sebarang kehilangan atau kerosakan kepada harta atau barangan peribadi anda. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja dalam setahun.

                         

Produk-produk utama takaful am adalah:

Takaful rumah: Takaful pemilik rumah melindungi anda daripada kerugian atau kerosakan atas rumah anda akibat banjir, kebakaran dan lain-lain bencana. Takaful isi rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kepada kandungan rumah salah satu daripadanya atau kedua-duanya sekali untuk mendapatkan perlindungan yang menyeluruh.

Takaful motor: Anda dilindungi daripada menanggung kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan atas kenderaan anda, termasuk juga kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, dan kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga. Seperti polisi insurans motor biasa, takaful motor juga mempunyai dua jenis perlindungan – perlindungan pihak ketiga dan perlindungan komprehensif.

Takaful kemalangan diri: Menyediakan pampasan kepada anda atau waris anda sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan. Pelan ini juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih pendek, seperti jika anda melancong ke luar negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan takaful,sila layari laman web
http//www.insuranceinfo.com.my