Kepakaran

Kepakaran

Sabtu, 12 Januari 2013

Jumlah yang perlu diinsuranskan


Jumlah perlindungan yang perlu dibeli bagi insurans hayat bergantung kepada jumlah wang yang diperlukan apabila anda menghidap penyakit kritikal atau kehilangan upaya disebabkan penyakit atau kemalangan. Ia bergantung juga kepada gaya hidup, kos sara hidup, komitmen dan obligasi kewangan anda.

                              

Anda harus memutuskan jumlah wang yang diperlukan oleh keluarga anda untuk meneruskan kehidupan mereka sekiranya berlaku kematian. Anda tidak mahu perlindungan yang terlalu banyak ataupun terlalu sedikit. Matlamat anda ialah untuk mendapatkan jumlah yang secukupnya untuk memenuhi komitmen kewangan pada masa-masa yang diperlukan.