Kepakaran

Kepakaran

Rabu, 9 Januari 2013

Takaful keluarga


                               

Takaful keluarga adalah gabungan perlindungan insurans hayat dan simpanan jangka masa panjang yang biasanya bagi tempoh melebihi satu tahun. Ia menyediakan manfaat kewangan sekiranya anda mengalami suatu tragedi di samping memberikan keuntungan daripada pelaburan. Caruman boleh dibuat setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun.

Jenis–jenis takaful keluarga termasuklah:

Keluarga: Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan kesihatan. Anda atau waris anda akan menerima manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya yang kekal. Terdapat juga simpanan jangka masa panjang dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan sekiranya terdapat tuntutan, tempoh matang atau serahan awal polisi insurans.

Anuiti persaraan: Pelan yang memberikan pendapatan tetap selepas anda bersara.

Berkaitan pelaburan: Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat, di mana sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit pelaburan dan selebihnya bagi perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya yang kekal.

Perubatan dan kesihatan: Pelan yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan di hospital dan kos pembedahan.