Kepakaran

Kepakaran

Rabu, 6 Mac 2013

Kelayakan kredit anda


Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, Biro Kredit, Bank Negara Malaysia menyimpan maklumat kredit bagi semua peminjam di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat atau Central Credit Reference Information System (CCRIS) untuk membolehkan institusi kewangan membuat rujukan berhubung status kredit anda.
                                              
Sekiranya anda mempunyai masalah hutang yang serius, anda akan dilihat mempunyai risiko kredit yang tinggi oleh mana-mana pegawai bank. Institusi kewangan mempunyai pelbagai kriteria yang digunakan untuk menilai kelayakan kredit peminjam, termasuklah watak peminjam, sikap peminjam terhadap komitmen pinjaman dan juga keupayaan peminjam untuk melunaskan pinjaman tersebut.

Jika anda mempunyai rekod kredit yang kurang memuaskan, maka adalah sukar bagi anda untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang berlesen.