Kepakaran

Kepakaran

Jumaat, 8 Mac 2013

ANDA TIDAK BOLEH - kalau muflis


Sekiranya anda diisytiharkan muflis atau bankrap, terdapat banyak perkara dari segi undang-undang yang anda tidak boleh lakukan:

                               

ANDA TIDAK BOLEH

• Memegang apa-apa jawatan awam tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM).
• Meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpa izin Ketua Pengarah JIM.
• Meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah atau kebenaran Ketua Pengarah JIM.
• Menjadi pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa kebenaran mahkamah atau Ketua Pengarah JIM.
• Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat yang dimiliki oleh pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka.
• Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan yang berdaftar.