Kepakaran

Kepakaran

Selasa, 5 Mac 2013

BEBAS DARIPADA KEMELUT KEWANGAN


KEMELUT KEWANGAN
                                                  
Jika anda mengikuti nasihat, saranan, petua dan panduan yang diberikan dalam buku ini, anda tidak sepatutnya menghadapi sebarang kemelut kewangan. Sebaliknya anda seharusnya mampu menguruskan wang anda dengan bijak dan seterusnya bebas daripada beban tekanan kewangan.

Adalah tidak berbaloi bagi anda untuk mengalah kepada kemahuan dan karenah untuk berbelanja sesuka hati pada bila-bila masa sahaja yang anda suka tanpa memikirkan tentang masa depan. Sekiranya anda tidak merancang kewangan anda, berkemungkinan besar anda akan berbelanja melebihi pendapatan, yang akhirnya akan menjerumuskan anda dalam masalah hutang dan kewangan yang serius.

Menghadapi kemelut kewangan bukan sahaja akan menjejaskan reputasi anda, malah anda juga akan mengalami masalah emosi, ke sana sini mencari wang untuk menjelaskan hutang dan akhirnya hubungan anda bersama ahli keluarga dan kawan menjadi tegang. Semua ini akan menjejaskan kesihatan fizikal, mental dan emosi anda. Anda akan terus menghadapi masalah yang tidak mungkin diselesaikan – semuanya kerana anda gagal merancang!