Kepakaran

Kepakaran

Sabtu, 2 Mac 2013

Garis masa persaraan

                               

• Bukalah akaun KWSP pada hari pertama anda bekerja. Walau bagaimanapun, oleh sebab kesan inflasi, wang dalam simpanan KWSP mungkin tidak mencukupi bagi persaraan anda. Buka akaun simpanan di bank dan buatlah tabungan persaraan peribadi sekurangkurangnya 10% daripada pendapatan boleh guna pada setiap bulan.

• Untuk setiap peningkatan umur anda, tambahlah tabungan dalam tabung persaraan peribadi dalam peratusan tertentu daripada pendapatan anda setiap tahun. Contohnya, sekiranya anda mula bekerja pada umur 25 tahun dengan kadar simpanan 10% (daripada pendapatan boleh guna) dan bercadang untuk menambahkan 1% setiap tahun apabila usia anda meningkat, pada umur 26 tahun, anda akan menyimpan 11% daripada pendapatan boleh guna dan pada umur 35 tahun, anda akan menyimpan 20% daripada pendapatan boleh guna.

• Kenal pasti dan masukkan sebahagian daripada setiap kenaikan atau bonus tahunan anda ke dalam tabung persaraan anda. Pastikan anda mengambil kira tabungan yang perlu dibuat dalam bajet bulanan bagi tujuan persaraan.

• Apabila anda membuat simpanan untuk persaraan, kaji portfolio pelaburan untuk persaraan setiap tahun untuk memastikan wang anda bertambah mengikut rancangan persaraan anda.

Tiada ulasan: