Kepakaran

Kepakaran

Isnin, 4 Mac 2013

Kehidupan yang seimbang



Walaupun wang merupakan perkara yang penting dalam kehidupan kita, ianya bukanlah segalagalanya. Jangan jadikannya sebagai matlamat utama hidup anda. Kesihatan, keluarga dan keseimbangan rohani adalah ciri-ciri penting dalam kesejahteraan hidup. 

Anda patut menghulurkan derma dan memberi bantuan kepada yang kurang mampu agar dapat meringankan kesengsaraan dan keperitan hidup mereka. Adalah penting untuk mempunyai keseimbangan dalam hidup kita.





KESIMPULANNYA

• Anda harus mempunyai strategi untuk mengharungi kehidupan anda.
• Perancangan kerjaya adalah penting supaya anda dapat menjana pendapatan.
• Adalah penting bagi anda untuk membayar balik pinjaman pelajaran dan membayar cukai pendapatan.
• Kemampuan merupakan faktor penting semasa membeli kereta.
• Terdapat lain-lain kos yang terlibat dalam pemilikan kereta, bukan hanya setakat bayaran ansuran.
• Membeli rumah merupakan keputusan kewangan yang paling besar. Buat pertimbangan tentang kebaikan dan keburukan membeli rumah berbanding menyewa rumah.
• Anda dan pasangan harus berbincang isu isu masalah kewangan secara terbuka dan membuat perancangan bersama.
• Anda tidak terlalu muda atau terlalu tua untuk merancang untuk persaraan.
• Adakan keseimbangan dalam kehidupan anda, kerana wang bukanlah satu-satunya matlamat hidup.