Kepakaran

Kepakaran

Sabtu, 16 Mac 2013

AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT (AKPK)





AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dengan matlamat untuk “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup Buat Semua Warga Malaysia”. Ia bertujuan untuk memastikan warga Malaysia hidup dengan mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik dan hutang yang terkawal.





AKPK menawarkan tiga jenis perkhidmatan percuma kepada anda untuk membantu menguruskan kewangan anda dengan lebih baik:
• Program pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit dan asas pengurusan wang termasuklah petua menggunakan kredit secara bertanggungjawab.
• Kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, menyediakan individu dengan penilaian yang mendalam mengenai masalah masalah anda dan cara mengatasinya.
• Program Pengurusan Kredit (PPK ), di mana AKPK dan anda bekerjasama untuk menyediakan pengstrukturan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyelia institusi kewangan anda.
Program Pengurusan Kredit ( PPK ) ini disediakan kepada anda yang:
• mempunyai sumber pendapatan yang positif selepas menolak perbelanjaan.
• tidak mampu menguruskan tanggungan hutang.
• mempunyai pinjaman dari institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM.
• jumlah pinjaman tidak melebihi RM2 juta (setakat tarikh percetakan buku ini).
• tidak berada di peringkat tindakan undang-undang yang telah lanjut.
• tidak diisytiharkan sebagai muflis.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai AKPK, sila layari laman web www.akpk.org.my.