Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 4 Ogos 2013

Hibah Takaful boleh selesai masalah agihan pusaka

ehsan : http://maxringgit.com/hibah-takaful-boleh-selesai-masalah-agihan-pusaka.html                  

                 

Maklumat ini sangat penting jika anda di kalangan berikut:

  1. ada berhutang
  2. harta sedikit – yang ada hanyalah rumah dan duit KWSP
  3. banyak harta
  4. masih ada ibu dan ayah – yang layak menerima bahagian pusaka
  5. punya lebih daripada seorang isteri
  6. anak-anak masih belum baligh
  7. semua anak-anak anda adalah perempuan
  8. dan lain-lain yang saya mungkin terlupa nak senaraikan
Sesiapa sahaja yang meninggal dunia dan jika dia seorang yang terdiri daripada golongan yang saya senaraikan di atas, akan menghadapi masalah untuk diagihkan harta pusakanya. Oh ya, yang bermasalah sudah tentulah waris-waris yang tinggal. Bab duit ni, ramai akan mengaku waris yang sah, walaupun orang itu buat tak kisah tentang kita semasa kita masih bernyawa. Jika mereka waris yang sah, itu hak mereka dan tiada siapa yang boleh menghalang mereka mendapat bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak.
Namun, kita boleh merancang untuk mengelak berlakunya kesulitan itu menggunakan instumen hibah takaful. Untuk memudahkan anda memahami konsep ini, saya akan berikan senario untuk permasalahan yang berlaku (berdasarkan kisah benar) dan bagaimana hibah takaful boleh menyelesaikannya.
Kisah En Ahmad (bukan nama sebenar)
En Ahmad seorang eksekutif muda mempunyai seorang isteri dan anak lelaki yang masih kecil. Dia tidak ada banyak simpanan di bank atau ASB. Harta yang ada hanyalah sebuah rumah apatmen dan simpanan KWSP. Malang menimpa keluarga ini bila En Ahmad telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Insurans MRTA dituntut untuk selesaikan pinjaman perumahan, maka selesai hutang. Penama EPF adalah isterinya, jadi tak perlu tunggu lama wang itu pun selamat diterima oleh balu En Ahmad.
Seterusnya fasa masalah bermula.
  • balu En Ahmad tidak faham bahawa semua harta peninggalan arwah suaminya adalah harta pusaka dan perlu diagihkan mengikut hukum faraid.
  • duit EPF yang tak seberapa itu pun kena agih juga, itu pun setelah dikira harta sepencarian
  • balu En Ahmad hanya layak 1/8 daripada jumlah harta (duit EPF & rumah)
  • Ibu En Ahmad layak dapat 1/8 & ayahnya juga layak 1/8.
  • Yang menjadi masalah ialah tuntutan atas rumah. Kalau duit tunai, mudah nak diagihkan. Tak kan nak jual rumah pula hanya untuk memudahkan urusan agihan. Kalau dijual pun tentulah harganya rendah kerana dijual dalam keadaan terdesak. Balu En Ahmad pun tiada duit untuk menebus bahagian yang dituntut oleh keluarga suaminya.
Dalam kes di atas, nampak seperti ibu dan ayah En Ahmad terlalu ‘berkira’ dan pentingkan diri sendiri kerana menuntut bahagian mereka. Tak kiralah macamana kita kata sekali pun, mereka layak dan berhak ke atas peninggalan arwah En Ahmad. Setakat yang saya tahu, balu En Ahmad ‘berhutang’ dahulu dengan mertuanya. Harap-harap sekarang ni dah selesai perkara ni.
Dalam kes ini En Ahmad bernasib baik kerana dia ada anak lelaki dan harta peninggalannya juga sedikit. Jika melibatkan jumlah yang besar, ia akan bertambah rumit. Jika anaknya itu perempuan, maka ada pula bahagian waris untuk bapa saudaranya.
Penyelesaian jika ada Hibah Takaful.
Ketika peristiwa itu berlaku konsep hibah takaful ini belum ada lagi. Katakan lah perkara ini berlaku sekarang dan En Ahmad pernah menyertai skim hibah takaful (RM62 setahun untuk perlindungan RM50,000) dan menamakan isterinya sebagai penerima hibah tersebut. Bila dia meninggal dunia, maka si isteri dapat duit itu secara mutlak 100% miliknya. Si isteri bolehlah guna duit itu untuk menebus secara tunai bagi harta yang dituntut oleh waris-waris yang lain. Jika nak buat kenduri pun tiada masalah kerana ia tidak disabit sebagai harta anak yatim.
Kita bagaimana? Sebaiknya kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku kepada keluarga En Ahmad. Sama ada kita meninggal dunia ketika muda atau tua, miskin atau kaya, pemergian kita tentu akan meninggalkan kesulitan kepada ahli keluarga. Baiklah kita merancang hari ini juga. Hubungi saya jika anda ingin menyertai skim hibah takaful yang ditawarkan oleh MAAKL Mutual.
Nota:
Saya pernah bertugas sebagai ‘Business Development Executive’ dengan Amanah Raya Berhad (ARB) dan terlibat dalam memasarkan produk wasiat dan pengurusan harta pusaka. Ilmu berkaitan faraid yang ada hanyalah sedikit, maka saya mohon kemaafan jika fakta yang saya kemukakan ada cacat dan silap.