Kepakaran

Kepakaran

Ahad, 12 Mei 2013

WANG?



Wang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukarandalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagaipenyimpan nilaiunit akaun, dan piawai langsaian hutang.[1]

Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalambekalan wang.
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.
Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.

Etimologi

Dalam pelbagai bahasa, perkataan untuk wang adalah serupa atau seakan perkataan untuk emas atau perak.
Perkataan bahasa Inggeris "money" mungkin berasal daripada istilah bahasa Latin moneta, yang bermaksud mint atau penghasilan siling (pengkoinan).[2] Lihat juga etimologi Indo-Eropah dan Semitik di rencana sejarah wang.
Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk wang adalah 'argent' yang bermaksud perak.[3] Dalam bahasa Ibrani pula, perkataan 'kesepph' mempunyai dua makna iaitu perak dan wang.[4]
Matawang utama Sepanyol sewaktu zaman penjajah yang lalu adalah bernilai sekeping duit bernilai lapan reales (disebut "riyals") atau lebih dikenali sebagai "pieces of eight". Kemudian ia dipanggil "peso".