Takafulink
(Takaful Berasaskan Pelaburan)
Pelan Takafulink atau pelan takaful berasaskan pelaburan merupakan pelan takaful yang menggabungkan elemen perlindungan dan pelaburan di dalam satu pelan.
Perlindungan + Pelaburan
Pelan ini memberi peluang kepada peserta untuk menikmati perlindungan dan dalam masa yang sama memperoleh nilai simpanan hasil dari pelaburan yang dibuat menerusi pelan ini.
a) Manfaat asas ===> kematian dan hilang upaya kekal
+ + + (tambahan)
manfaat-manfaat tambahan lain:
b) 46 penyakit kritikal.
c) Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika penghidap salah satu dari 46 penyakit
kritikal.
d) Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan.
e) Elaun harian hospital & elaun pembedahan
f) Kad perubatan
Bagi sesetengah pengendali takaful, pelan takafulink ini adalah asas kepada produk-produk takaful lain seperti takaful wanita, takaful pendidikan dan takaful haji di mana produk-produk ini dilengkapi dengan rider atau manfaat tambahan yang khusus untuk golongan sasar produk-produk tadi.