Kepakaran

Kepakaran

Jumaat, 9 November 2012

Apa sepatutnya yang perlu saya ambil dalam Takaful???

Asas Pelan Takaful 

Ketika ini terdapat pelbagai pelan takaful di pasaran yang yang menyebabkan sukar bagi bakal peserta untuk memilih apa yang perlu dan apa yang tidak perlu di dalam sesuatu pelan takaful. Ini diburukkan lagi dengan ceteknya pengetahuan tentang perlindungan takaful dan gagal mendapatkan nasihat yang menyeluruh dari ejen-ejen takaful

Secara asasnya, setiap orang perlu memiliki perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal yang biasanya dikenali sebagai takaful hayat (life takaful) serta perlindungan kesihatan. 

Kedua-dua produk ini diperlukan selaras dengan tujuan sistem takaful sebagaimana perbincangan di atas.

Takaful hayat merujuk kepada pelan takaful yang memberikan manfaat kematian dan hilang upaya kekal.
                                                            
Jumlah perlindungan sesuatu takaful hayat dapat diketahui dari nilai perlindungan yang diberi atau disebut   
sebagai 'sum covered'. 

Kebanyakan produk takaful hayat ketika ini membenarkan peserta menambah manfaat-manfaat tambahan 
atau rider yang ditawarkan oleh pelan takaful tersebut. Antara contoh manfaat-manfaat tambahan tersebut 
ialah:
i) Pampasan jika menghidap salah satu dari 46 penyakit kritikal.
ii) Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika menghidap salah satu dari 46 penyakit  
       kritikal.
iii) Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan.
                                           

iv) Elaun harian hospital & elaun pembedahan     
                                         

v) Kad perubatan